Jurgen Klopp mendedahkan Virgil van Dijk dan Joe Gomez telah kelihatan "sangat bagus" dalam latihan pra-musim dengan Liverpool, walaupun menjelaskan memerlukan kesabaran dalam menantikan kedua-dua pertahanan itu kembali beraksi secara kompetitif.

Van Dijk dan rakan sepasukan, Gomez antara pemain yang direhatkan hampir sepanjang musim 2020-21, selepas mereka sekadar melakukan 12 penampilan dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).

Mereka sudah hampir untuk kembali beraksi tetapi Klopp menegaskan selepas kemenangan 1-0 ke atas Mainz bahawa mereka mungkin tidak diturunkan dalam perlawanan berikutnya bertemu Hertha Berlin.

Ditanya sama ada pertahanan itu dalam beraksi dalam perlawanan berikutnya, "Malangnya, mereka tidak dapat beraksi namun kedua-dua pemain sudah berada dalam tahap yang baik.

"Mereka telah melakukan segala-galanya, berlatih, bermain dan berterus berlatih.

"Kami perlu bersabar -- kami membuat persiapan bagi musim yang panjang, bukan hanya bagi pra-musim. Saya tidak akan mengambil risiko, jadi kami perlu lihat terlebih dahulu.

"Banyak lagi perlawanan bakal ditempuhi Liverpool, tetapi saya tidak nampak mereka akan turun dalam perlawanan seterusnya."