Jurgen Klopp tidak memiliki keraguan terhadap pendekatan Liverpool dalam soal perpindahan sambil menegaskan dia tidak akan menjalankan perniagaan pindah hanya untuk menjadi sebahagian daripada "sarkas" itu.

Satu-satunya pemain baru yang direkrut The Reds dalam jendela perpindahan baru-baru ini adalah pertahanan tengah, Ibrahima Konate, yang menelan belanja £36 juta (RM206j) daripada RB Leipzig.

Yuran itu menarik perhatian ramai memandangkan pencabar utama seperti Manchester City, Manchester United dan Chelsea berbelanja besar di pasaran.

Namun, Liverpool telah melanjutkan kontrak tunjang utama, Virgil van Dijk, Jordan Henderson, Fabinho, Andy Robertson dan Alisson agar memberi komitmen panjang di Anfield.

Klopp, yang memimpin kelab dari Merseyside itu menjuarai Liga Juara-Juara (UCL) dan Liga Perdana Inggeris (EPL), tidak berhasrat mengubah pendekatannya.

"Saya melakukan sesuatu seperti ini dengan cara sebegini dan kami pernah berjaya," katanya.

"Kami telah menjuarai beberapa piala yang melakukan sesuatu dengan tepat (dengan cara ini) tetapi kemudiannya, kami dipersoalkan? Ia sering jadi begitu.

"Kami fikir adalah masuk akal untuk kami mendaftar skuad sedia ada dan kami melakukannya.

"Ia tidak sehebat seperti kelab lain, saya tidak dapat mengubahnya kerana kami tidak boleh menjalankan perpindahan hanya untuk berada di sarkas.

"Pasukan lain menandatangani pemain dan sekarang kami akan berentap dan lihat apa yang boleh kami lakukan."




Bulan lalu, pengurus City, Pep Guardiola, nampaknya tidak terkecuali terkena tempias terhadap ulasan yang dibuat oleh anak jati Jerman itu mengenai perbelanjaan besar kelab lain.

Klopp mencadangkan bahawa pemikirannya mungkin tidak diterima oleh kelab lain.

"Jelas sekali saya telah mengguris beberapa pengurus lain dan saya tidak mahu mengganggu mereka," tambahnya.

"Saya mengatakan sesuatu yang saya rasa adalah betul, mungkin ia betul di fikiran saya dan dua hari kemudian, saya terdengar tindak balas daripada seseorang dan berfikir, 'mengapa dia begitu mengambil kisah?'

"Sejujurnya, saya tidak peduli dengan apa yang dilakukan oleh kelab lain."

Liverpool meraih tujuh mata daripada tiga perlawanan pembukaan EPL dan akan bertandang ke Leeds United sebentar lagi.