Klopp: Liverpool 'hilang plot' ketika diaibkan 7-2 oleh Aston Villa

Muzaffar Musa
Oktober 5, 2020 00:40 MYT
Liverpool 'kehilangan plot' ketika dikejutkan dengan kekalahan 2-7 kepada Aston Villa, kata pengurusnya, Jurgen Klopp.
Juara bertahan Liga Perdana Inggeris (EPL) itu tewas mengejut di Villa Park awal pagi tadi dengan Ollie Watkins menjaringkan hatrik dalam separuh masa pertama.
Ia merupakan kali pertama sejak 1963 skuad The Reds itu dibolosi sebanyak tujuh gol dalam satu perlawanan dan kali terakhir juara bertahan liga divisyen utama Inggeris bolos sebanyak itu adalah pada 1953.
Klopp tidak dapat memberikan penjelasan sepenuhnya mengenai persembahan pasukannya itu tetapi mengakui Liverpool gagal mencari jalan untuk mengekalkan ketenangan mereka.
"Saya tidak pasti untuk menjelaskannya tetapi saya boleh katakan apa yang telah saya lihat. Entah bagaimana, Aston Villa bermain dengan sangat baik dan memaksa kesemua kesilapan yang kami lakukan," katanya kepada Sky Sports.
"Perlawanan ini ada haluan yang spesifik -- gol pertama ada memberikan impak tetapi ia tidak sepatutnya begitu.
"Kami dibolosi dengan gol seperti itu sebelum ini tetapi reaksinya amat baik, dan kami kehilangan plot.

7 - Liverpool are the first reigning English top-flight champions to ship seven goals in a league match since Arsenal against Sunderland in September 1953. Embarrassed. #AVLLIV pic.twitter.com/CAnLAPG7b5

— OptaJoe (@OptaJoe) October 4, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Ia tidak djangka tetapi ia berlaku malam ini. Bagi saya, ia bukan satu momen spesifik, kami akan meninggalkan segala aksi buruk yang telah kami lakukan dalam sesuatu perlawanan dan harap-harap kami dapat bermula semula.
"Aksi malam ini bukan kurang kemas, ia memang buruk, saya perlu mengakui dan mengubahnya.
"Saya mahu mengadakan sesi latihan esok dan Selasa ini untuk berbual tetapi pemain kami pula akan pulang untuk tugasan antarabangsa.
"Harap-harap mereka akan kembali dengan sihat dan kami dapat menggunakan dua hari yang ada untuk bersedia bertemu Everton," katanya.
#Liverpool #Aston Villa #Jurgen Klopp #Liga Perdana Inggeris