Jurgen Klopp lega selepas memenangi Liga Juara-Juara (UCL) dan memuji pemilik Liverpool yang tidak pernah memberi tekanan kepada pasukannya.

Liverpool menjulang trofi pertama sejak Klopp mengambil alih pada penghujung 2015 lantaran menewaskan Tottenham 2-0 dalam aksi final di Madrid, awal pagi tadi.

Ketika Klopp berjaya menghadirkan gelaran kepada pasukan, mereka masih lagi kekurangan gelaran yang diraih di Anfield.

Jurulatih Jerman itu telah tewas dalam enam aksi final terdahulu dan akhirnya berpuas hati dengan kejayaaan pasukan di Wanda Metropolitano.

"Saya sebenarnya lega, lega untuk keluarga saya kerana merekea sangat rapat dengan saya," kata Klopp.

"Sejak enam aksi final yang lalu, kami sentiasa meraih pingat perak dan ia sesuatu yang tidak bagus buat saya. Ini merupakan tahun yang berbeza. Sangat menakjubkan.

"Pemilik kelab tidak pernah memberikan tekanan kepada pasukan. Tetapi mereka sentiasa menghargai perkembangan yang dipamerkan," katanya.

Liverpool mendahului permainan menerusi jaringan Mohamed Salah hasil jaringan sepakan penalti pada minit kedua sebelum Divock Origi melengkapkan kemenangan ketika perlawanan berbaki tiga minit.

"Kami menghadapi cabaran yang besar dalam perlawanan selepas berehat selama tiga minggu tanpa sebarang perlawanan.

"Sukar untuk mendapatkan rentak tetapi berdepan pasukan Inggeris, kami mengenali cara permainan Spurs. Pasukan telah berjuang dan meraih kemenangan."