Klopp kecewa permulaan hambar Liverpool selepas ikat Fulham

Muzaffar Musa
Disember 14, 2020 02:10 MYT
Jurgen Klopp kecewa dengan permulaan hambar pasukannya selepas Liverpool terlepas peluang untuk ke puncak Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas terikat 1-1 di laman Fulham awal pagi tadi.
Dengan Tottenham hanya meraih satu mata dalam kunjungan mereka ke laman Crystal Palace, skuad The Reds itu sedar kemenangan di Craven Cottage itu akan meletakkan mereka di persada liga.
Bagaimanapun, mereka gagal menangani aksi bertenaga lawan kendalian Scott Parker itu, yang mendahului hasil jaringan Bobby Decordova-Reid setelah secara berterusan mencipta peluang pada awal permainan.
Klopp percaya tempoh setengah jam pertama itu telah menjadi penentu perlawanan berkenaan tetapi kagum dengan cara pasukannya menghadapi situasi itu sepanjang 90 minit dan menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti Mohamed Salah.
Dia berkata kepada Sky Sports: "Jadi kami tidak bermain baik. Jika kami tidak bangkit... saya tidak boleh menulis di buku dan mencampakkannya di atas padang dan menyuruh mereka membacanya.
"Apa yang saya mahukan adalah kami bangun pada awal permainan. Permulaan yang baik dalam sesuatu perlawanan amat baik tetapi jika kami tidak bermula dengan baik, anda boleh memulakannya semula dan semula.
"Kami memerlukan lebih kurang setengah jam untuk mendapat rentak permainan, jadi disebabkan itu, saya agak kerap menjerit kepada mereka.
"Selepas setengah jam, ia menjadi lebih baik, tidak bagus tetapi lebih baik, babak kedua pula bagus.
"Dengan momentum yang memihak Fulham, penyokong di sini berjuang untuk keputusan yang baik, mereka bernasib baik dalam satu dua situasi -- saya boleh katakan seperti itu.
"Saya fikir Hendo (Jordan Henderson) memiliki peluang yang amat besar, amat-amat besar, Curtis (Jones) melakukan larian yang sensasi, penyudah yang amat baik, aksi menyelamat yang bagus.
"Kami (sepatutnya) memperoleh lebih banyak gol selepas kami memperoleh lebih banyak situasi.
"Cuma 30 minit pertama tidak bagus, kami mungkin tewas perlawanan ini disebabkan tempoh itu tetapi kami tidak kerana 6o minit selepas itu amat bagus," katanya

11 – Liverpool have now dropped 11 points after 12 @premierleague games this season (W7 D4 L1) - the Reds only dropped 15 in the whole of their title winning campaign last year, with it taking until their 35th match in 2019-20 to lose as many as 11 points. Adjustment. #FULLIV pic.twitter.com/xRmPXDNqIx

— OptaJoe (@OptaJoe) December 13, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Liverpool #Fulham #Jurgen Klopp #Liga Perdana Inggeris