Jurgen Klopp berharap kecederaan betis Thiago Alcantara akan terbukti tidak terlalu serius setelah Liverpool menewaskan Crystal Palace dalam 'salah satu kemenangan 3-0 yang paling sukar yang pernah berlaku'.

The Reds mendahului Liga Perdana Inggeris (EPL), tiga mata ke atas Manchester City dan Manchester United, yang bertemu West Ham hari ini, mengatasi Palace yang memiliki dua peluang dalam tempoh tiga minit pembukaan di Anfield.

Liverpool mengetepikan permulaan kurang cemerlang itu dengan memastikan kemenangan hasil jaringan Sadio Mane, Mohamed Salah dan Naby Keita.

Jaringna Mane menyaksikan dia meledak gol yang ke-100 buat Liverpool, tetapi kemenangan itu diselubungi insiden kecederaan yang dialami Thiago.

Klopp berkata bekas pemain Bayern Munich itu, "Dia berasakan kecederaan di bahagian betis. Setakat ini, saya tidak tahu tetapi berharap ia tidak serius."

Liverpool kini tidak tewas 15 perlawanan dan dalam usaha merangkul semula gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL), selepas menyaksikan City bergelar juara musim lalu.

Tetapi Klopp menerima bahawa mereka tidak dalam keadaan terbaik ketika mengalahkan pasukan kendalian Patrick Vieira.

"Ia merupakan kemenangan 3-0 yang paling sukar pernah saya saksikan. Kami perlu memberikan yang terbaik. Amat sukar dan mencabar. Permainan fizikal dalam perlawanan ini sangat mantap dan kami perlu bersedia dalam setiap situasi," kata Klopp kepad Sky Sports.


"Hantaran yang dilakukan pasukan lawan membuatkan pertahanan kami bergelut. Kami perlu berlari dan saya sentiasa mengatasi rentak Rabu/Sabtu amat sukar.

"Kami berjaya menghasilkan jaringan yang berkualiti dan memastikan kemenangan.

"Sejujurnya, pasukan tidak berada di tahap terbaik, kami perlu berusaha keras dalam memastikan menghasilkan permainan yang terbaik."