Klopp garu kepala Henderson pula tercedera

Shaiful Shamsudin
Februari 21, 2021 04:09 MYT
Jurgen Klopp menganggap kehilangan ketua pasukan, Jordan Henderson, ibarat menambah garam di luka buat Liverpool.
Pemain tengah itu dibelenggu kecederaan pangkal paha ketika juara bertahan Liga Perdana Inggeris (EPL) berkenaan tewas 0-2 kepada Everton dalam perlawanan 'derby Merseyside' di Anfield, awal pagi tadi.
Selepas Richarlison meletakkan Everton di depan sejurus wisel sepak mula ditiupkan, Henderson pula dipaksa diusung keluar apabila setengah jam melewati permainan sekali gus meningkatkan krisis kecederaan The Reds.
Sepakan penalti daripada Gylfi Sigurdsson ketika permainan berbaki tujuh minit memberikan Liverpool kekalahan pertama kepada Everton di gelanggang keramat mereka itu sejak 1999.

1999 - Everton have won their first Premier League away game against Liverpool since September 1999, ending a run of 20 such matches without victory. Relief. pic.twitter.com/6TFemVHOpO

— OptaJoe (@OptaJoe) February 20, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Ia satu tamparan besar kerana sekali lagi kami kehilangan Hendo tetapi Nathan Phillips menampilkan permainan yang bagus," kata pengurus itu kepada wartawan selepas perlawanan.
"Sekali lagi, kami sudah terbiasa tetapi malangnya, kami masih perlu mengubah situasinya.
"Kami akan berusaha untuk perlawanan seterusnya dan selagi kami akan menurunkan 11 pemain, kami akan berjuang.
"Barisan pemain saya masih bersemangat, saya boleh melihatnya. Tetapi untuk mengubah permainan dan keputusannya, kami harus melaksanakannya pada saat-saat yang tepat, baik ketika bertahan mahupun menyerang tetapi itulah kekurangan kami."
The Reds kehilangan Fabinho -- yang menjadi sandaran di pusat pertahanan sepanjang ketiadaan Joe Gomez, Joel Matip dan Virgil van Dijk.
Van Dijk mengalami kecederaan lutut dan mungkin terpaksa melupakan sisa saingan musim sejak dilanda masalah itu di Goodison Park, Oktober lalu.
Liverpool tewas kali keempat berturut-turut di tempat sendiri untuk kali kedua bagi kempen liga, kali terakhir melakukannya adalah pada Disember 1923 -- ketika itu mereka merupakan juara bertahan.
The Toffees mencipta kemenangan pertama ke atas jiran mereka itu selepas 24 pertemuan dengan reputasi 12 kali seri dan 11 kekalahan.

Merseyside derby! London derby! M23 derby! Arteta vs Guardiola! ? Join our Telegram channel: https://t.co/nQHqw0c9JB pic.twitter.com/LGtXWFvk69

— Stadium Astro ? (@stadiumastro) February 19, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Liverpool #EPL