Garbine Muguruza bangkit daripada ketinggalan satu set untuk menewaskan Ons Jabeur dalam penentuan gelaran Kejohanan Tenis Klasik Chicago awal pagi tadi.

Muguruza mengeluarkan semua semangat yang ada untuk memenangi gelaran keduanya musim ini dan yang kesembilan secara keseluruhan hasil kemenangan 3-6, 6-3, 6-0.

Dalam perhitungan di antara dua pemain itu -- yang sedang merebut tempat ke Kejohanan Final Jelajah WTA bulan depan -- pilihan kedua, Muguruza, dua kali berdepan saat sukar selepas tewas set pertama tetapi bangkit mengheret perlawanan itu ke set penentuan sebelum mudah mengatasi pilihan keenam, Jabeur.

Kemenangan itu menyaksikan Muguruza melonjak ke tangga keenam dalam senarai kelayakan ke Final Jelajah WTA di Guadalajara manakala Jabeur pula masih berada di tangga kesembilan -- hanya lapan pemain di ranking tertinggi layak ke kejohanan itu.