Walapun hanya menjadi naik juara Piala AFC apabila tewas di tangan Al Seed kelab dari Oman di perlawanan akhir semalam namun Kuala Lumpur tetap sebuah pasukan yang terbaik.

Mengharungi enam perlawanan bermula di peringkat kumpulan sehingga ke perlawanan akhir The City Boys telah menunjukan kemampuan mereka dengan mempamirkan kulaiti walaupun mempunyai perlbagai isu di dalam pengurusan KL City dan ini merupakan titik permulaan bagi kelab di ibu kota untuk terus maju bagi mengembalikan era kegemilangan The City Boys pada hujung 80an.

Dari aksi yang disajikan semalam memanglah penguasaan permainan dimiliki Al Seed namun ia bukan pengukur bagi peminat-peminat untuk menyatakan Kuala Lumpur sebenarnya sebuah pasukan yang lemah. Namun apa yang boleh kita katakan The City Boys telah mempamirkan aksi terbaik mereka terutama dua puluh minit pertama dimana anak didik Bojan Hodak telah berjaya memberi saingan dan hampir-hampir menjaringkan gol. Apa yang pasti kesungguhan yang dijelmakan skuad warga kota itu perlu diberikan pujian kerana mereka telah memberi saingan yang baik pada sebuah pasukan yang hebat yang mana pemain-pemain mereka taknikal dan pemahaman taktikal yang baik.

Ia diakui sendiri oleh pengendali warga kota itu Bojan Hodak tetapi apa yang dilalui oleh pemain-pemain The City Boys itu merupakan pengalaman yang berguna terutama pemain-pemain tempatan. Mereka boleh menjadikan perlawanan akhir Piala AFC ini sebagai jambatan perhubungan untuk memberi semangat dan motivasi kepada pemain-pemain muda tempatan untuk terus mengejar impian mereka kerana dengan itu juga mereka mampu untuk memupuk cintakan kelab warga kota itu kepada golongan remaja kota untuk terus menyokong pasukan mereka.

Kejayaan yang dikecapi oleh The City Boys itu sebenarnya di atas sikap kerja berpasukan yang ditampilkan oleh pihak pengurusan kelab, jurulatih dan pemain-pemain Kuala Lumpur sendiri. Dengan semangat perpaduan dan dahagakan kejayaan itu mereka telah membawa satu imej dan reputasi yang baik sehingga berjaya meningkatkan jenama KL City. Daripada semua itu ia terus mengekalkan reputasi KL City sebagai salah satu pasukan yang terbaik dalam Liga Malaysia dan terus bangkit dalam merencanakan program mereka dalam membangunkan bola sepak warga kota.