Presiden Barcelona, Joan Laporta, berkata kitaran sudah berakhir buat gergasi LaLiga dan mahu 'melakukan pengubahsuaian' selepas kempen 2020-21 yang kurang memuaskan.

Barca telah ketinggalan dalam perlumbaan mengejar gelaran LaLiga dan berkemungkinan menduduki tempat ketiga dalam musim pertama Ronald Koeman sebagai ketua jurulatih di Camp Nou.

Koeman dan Barca menjulang gelaran Copa del Rey bulan lalu tetapi tersingkir daripada saingan Liga Juara-Juara (UCL) pusingan 16 di tangan Paris Saint-Germain (PSG).

Laporta, yang memegang jawatan untuk jawatan buat kali kedua sebagai presiden Barca pada bulan Mac, mengatakan bahawa dia sedang mencari perubahan penghujung musim ini di tengah hubungan dengan bintang sensasi Borussia Dortmund, Erling Haaland, kapten Lyon, Memphis Depay, bintang Manchester City, Sergio Aguero dan pemain pertahanan, Eric Garcia, dan pemain Liverpool, Georginio Wijnaldum.

"Satu kitaran telah selesai dan kami berusaha untuk melakukan pengubahsuaian," kata Laporta di Festa de l'Esport Catala.

"Kami tersingkir dari Liga Juara-Juara sangat awal dan terlepas takhta liga dengan cara yang tidak dapat difahami.

"Saya bercakap mengenai akhir kitaran dan pembaharuan kerana itulah yang saya fikir perlu dilakukan.


"Mulai minggu depan kami akan membuat beberapa keputusan dan pada masa itu kami akan memberi komen.

"Sekarang apa yang harus kami lakukan adalah bekerja keras dengan berkesan untuk memiliki pasukan yang sangat kompetitif untuk memenangi UCL dan memenangi liga.

"Saya sudah mengatakan bahawa ketika musim sudah berakhir, saya akan menilai hasilnya, permainan, sikap, mental dan cita-cita."

Kali terakhir Barcelona memenangi LaLiga adalah pada 2018-19 sementara mereka hanya mara ke separuh akhir UCL sekali sejak menjulang takhta Eropah itu pada 2015.

Penyingkiran pusingan 16 Barca bagi musim ini merupakan keputusan paling buruk sejak musim 2006-07.