Joshua King telah menandatangani kontrak baru empat tahun bersama Bournemouth.

Bekas penyerang Manchester United itu muncul penjaring terbanyak skuad kendalian Eddie Howe musim lalu dengan 16 gol.

Pemain berusia 25 tahun itu telah dikaitkan dengan perpindahan ke Tottenham sebelum bermulanya musim ini namun dia menegaskan tidak pernah mempertimbangkan untuk meninggalkan Stadium Vitality selepas mengikat kontrak baru sehingga 2021.

"Terdapat banyak percakapan mengenai status saya tetapi saya sering menegaskan bahawa saya mahu kekal di sini," kata King menerusi laman sesawang rasmi kelab itu.

"Pengarah Eksekutif AFC Bournemouth, Neill Blake berkata:"Saya teruja Joshua kekal komited bersama kami.

"Musim lalu, dia menjadi pemain penting untuk kami dengan persembahannya memastikan kami menamatkan saingan liga di kedudukan ke-9 bagi musim 2016-17.

"Joshua adalah pemain kelima yang telah menyambung kontrak bersama kami. Kami semua teruja dengan haluan kelab ini."