Kemenangan Malaysia ke atas Thailand di kejohanan 48th King’s Cup di Chiang Mai dan seterusnya layak ke perlawanan akhir kejohanan itu sudah pasti akan meningkatkan moral dan keyakinan diri setiap pemain untuk terus memberi aksi terbaik mereka.

Malaysia makin bersedia untuk berhadapan dengan pasukan-pasukan yang ranking dunianya lebih tinggi dari Harimau Malaya.

Itu boleh dilihat dari raut wajah anak didik Kim Pan Gon yang begitu puas apabila mengaibkan Gajah Perang di laman mereka sendiri.

Apa yang menariknya pada perlawanan itu kita boleh lihat bagaimana pemain-pemain Harimau Malaya mula serasi dan selesa dengan corak permainan yang diinginkan Pan Gon. Walaupun persediaan pasukan Harimau Malaya hanya beberapa hari sebelum pertandingan tetapi pemain mampu melaksanakannya dengan baik.




Lihat sahaja bagaimana gandingan Azam Azih dan Branden Gan di bahagian midfield tengah yang telah menunjukkan persefahaman yang baik walaupun mereka baru sahaja digandingkan setelah Brendan Gan berehat lama akibat penyakit kansernya.




Selain itu di bahagian pertahanan juga telah menunjukkan satu kombinasi yang baik di antara Dion Cools dan Khuzaimi Piee.

Kedua-dua pemain ini bijak berkomunikasi serta sentiasa berjaya mematikan setiap gerakkan lawan baik di udara atau di depan kawasan pintu gol Malaysia. Sekiranya persefahaman ini dapat ditingkatkan dengan komunikasi yang baik bersama bahagian midfield ia akan menambahkan lagi kekuatan pertahanan Harimau Malaya.

Namun, apa yang membimbangkan sedikit ketika ini di bahagian serangan terutamanya penyudah.

Ini satu cabaran kepada Pan Gon dan pasukan kejurulatihannya, bagaimana untuk mengatasi kemelut itu dan akan memastikan bahagian penyudahnya tajam semasa Piala Asia 2023 kelak.

Di sinilah akan menguji kreativiti dalam menyusun strategi oleh Pan Gan sekiranya inginkan Harimau Malaya menjadi pasukan pencabar nanti. Namum pujian perlu diberikan kepada semua hasil kerja keras dan semangat berpasukan yang tinggi untuk mengharumkan nama Malaysia.

Sekali lagi tahniah kepada pemain-pemain yang berjaya ke perlawanan akhir 48th King’s Cup ini.