Kegagalan tiga pemain Malaysia iaitu Dion Cools, Nazmi Faiz Mansor dan Safawi Rasid ketika penentuan sepakan penalti dalam perlawanan akhir 48th Kings Cup ketika bertemu Tajikistan telah melenyapkan peluang skuad kendalian Kim Pan-gon untuk menjulang piala itu.

Namun, itu bukan jadi pengukur sebenarnya kerana prestasi pemain-pemain Harimau Malaya sepanjang bertanding di Chiang Mai adalah pengukur sebenar sebaliknya dengan menjadi naib juara adalah bonus.

Jika diperhatikan daripada dua perlawanan yang dilalui anak didik Pan Gon itu, prestasi mereka amat baik sekali kerana mereka berjaya memberi saingan pada pasukan yang lebih tinggi ranking dunianya.




Lihat sahaja bagaimana Harimau Malaya mampu menewaskan Thailand di laman mereka sendiri dan mengikat Tajikistan.

Daripada segi persembahan pemain Harimau Malaya sudah mula menunjukkan persefahaman yang baik dan berjaya mempraktikkan apa yang diinginkan Pan Gon.

Walaupun perubahan formasi dan taktikal yang dilakukan Pan Gon pada dua perlawan itu tapi anak didiknya masih lagi mampu melaksana falsafah bola sepak yang diwujudkannyq.





Kebijaksanaan Nor Azam Azih, Brendan Gan dan Nazmi Faiz Mansor merencana gerakan serta memgawal tempo permainan amat baik sekali.

Kelincahan Faisal Halim dan Arif Aiman banyak membantu Darren Lok untuk membuka ruang bagi melakukan percubaan dan mencari jaringan.

Paling positif yang dilihat dalam kejohanan ini semangat berpasukan dan keharmonian yang tinggi dalam skuad Harimau Malaya yang dijelmakan Pan Gon bersama pasukan kejurulatihannya.

Sekiranya momentum ini dapat dikekalkan sudah pasti ia akan terus menambah kekuatan Harimau Malaya di kejohanan AFF nanti.

Tetapi untuk menggerunkan lawan lagi, Pan-gon perlu memikirkan bagaimana untuk mempertajamkan bahagian penyudahnya supaya ia akan membawa hasil pada kejohanan itu.

Tahniah kepada skuad Harimau Malaya atas kejayaan persembahan yang baik di 48th Kings Cup walaupun bukan hari yang hari Harimau Malaya menjulang trofi itu.