Kimpembe lanjutkan kontrak empat tahun di PSG

Muzaffar Musa
Julai 11, 2020 23:09 MYT
Presnel Kimpembe menandatangani kontrak lanjutan selama empat tahun bersama Paris Saint-Germain (PSG) sehingga 2024.
Pertahanan itu memanjangkan tempoh kesepakatan lamanya dengan pertambahan 12 bulan, demikian disahkan pasukan juara Ligue 1 berkenaan.
Kimpembe menandatangani kontrak selama lima tahun pada Ogos 2018 dan menjadi tonggak pertahanan PSG di bawah kendalian Thomas Tuchel, yang mengambil alih pasukan itu pada tahun yang sama.
Produk program pembangunan PSG itu telah melakukan 136 penampilan kompetitif dan menjaringkan satu gol buat kelab itu.
Pemenang Piala Dunia 2018 bersama Perancis itu baru berusia 24 tahun tetapi telah mengumpulkan sebanyak 13 trofi bersama skuad senior PSG.
"Kelab ini berharap Presnel akan terus berjaya bersama Paris Saint-Germain," kata kelab itu dalam satu kenyataan.
PSG akan berdepan Le Havre dalam satu perlawanan persahabatan hari ini, perlawanan pertama mereka sejak menewaskan Borussia Dortmund 2-0 dalam perlawanan kedua pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah pada 11 Mac lalu.
Seterusnya, mereka akan berdepan Saint Etienne dalam final Coupe de France, 24 Julai ini.

Un futur en Rouge & Bleu pour un vrai enfant du club ❤️? ✍️ #Kimpembe2024 pic.twitter.com/TxlAxuEMRQ

— Paris Saint-Germain (@PSG_inside) July 11, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Ligue 1 #Paris Saint-Germain #Presnel Kimpembe