Joshua Kimmich yakin dia belum mencapai kemuncak prestasinya di Bayern Munich selepas memeterai kontrak baru.

Bayern mengumumkan bahawa pemain antarabangsa Jerman serba boleh yang dibeli daripada seteru Bundesliga, RB Leipzig, pada 2015 itu telah bersetuju dengan syarat untuk mengekalkannya di kelab berkenaan sehingga akhir musim 2024-25.

Sejak menembusi pasukan utama Bayern, Kimmich telah mengukuhkan peranannya sebagai salah seorang pemain handalan Eropah yang mampu beraksi di bahagian tengah mahupun pertahanan sayap.

"Langkah ini sangat bermakna buat saya, baik dalam soal bola sepak dan peribadi," katanya dalam sidang akhbar.

"Ini satu keputusan yang merangkumi beberapa tahun ke depan dan semoga tahun-tahun terbaik untuk saya masih ada.

"Perasaan yang saya alami dalam kelab ini termasuk kehadiran pengurus (Julian Nagelsmann) yang juga mencapai kesepakatan selama lima tahun merupakan satu jaminan. Melantik seorang pengurus dengan kontrak lima tahun juga merupakan satu petanda. Kami mahu mencapai kemajuan bersama-sama. "