Kimmich: Bayern bernasib baik pulang dengan kemenangan

Ammar Hakim
Oktober 28, 2020 01:54 MYT
Joshua Kimmich berkata penyandang Liga Juara-Juara (UCL) Bayern Munich bernasib baik untuk meraih kemenangan selepas dia menjaringkan gol kedua pasukan ketika mengatasi Lokomotiv Moscow 2-1 awal pagi tadi.
Kimmich meledak gol pada minit ke-79 bagi memastikan rekod kemenangan ke-13 berturut-turut dalam saingan UCL buat juara Bundesliga dan Eropah itu, tetapi bintang Bayern itu mengakui mereka tidak berdepan tugas mudah di RZD Arena.
Lokomotiv terlepas peluang untuk mendahului perlawanan sebelum Leon Goretzka membuka jaringan pada minit ke-13, dan tuan rumah menemui jaringan menerusi Anton Miranchuk awal pagi tadi.
Penyamaan menghasilkan situasi tegang di Moscow dan kualiti Kimmich berjaya menyinar apabila melepaskan rembatan dari jarak jauh, sebelum memuji lawan mereka selepas tamat perlawanan.
"Saya fikir Lokomotiv telah mengharungi perlawanan yang hebat," kata Kimmich.
"Mereka bagus dalam peralihan, menyerang dengan beberapa pemain pantas. Ia tidak mudah dalam separuh masa kedua tetapi pada akhirnya kami bernasib baik kerana berjaya pulang dengan kemenangan.
"[Ia adalah] satu kemenangan yang benar-benar sengit. Kami tidak bermain dengan teruk, tetapi kami sepatutnya menyelesaikannya lebih awal."

Some strike ☄️ Some player ? ?⚪ #FCLMFCB 1-2 pic.twitter.com/cNjsxlZWe1

— FC Bayern English (@FCBayernEN) October 27, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bayern kekal tanpa tewas dalam 14 perlawanan di tempat lawan dalam saingan Eropah -- dalam sejarah Piala Eropah/UCL, hanya Manchester United (16) yang memiliki rekod yang lebih beraksi di tempat lawan.