Ki Sung-yueng dilayang kad kuning terpantas dalam EPL

Omnisport
Disember 31, 2016 16:20 MYT

Pemain tengah Swansea, Ki Sung-yueng, hanya memerlukan 30 saat untuk menjadi pemain terpantas dilayangkan kad kuning dalam perlawanan berdepan Bournemouth dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL).

Terjahan keras ke atas Ryan Fraser menghadiahkan kad kuning terpantas buat pemain tengah Korea Selatan itu.
Kali terakhir pemain berusia 27 tahun itu memulakan perlawanan ialah pada 6 November ketika tewas 3-1 kepada Manchester United tetapi kembali ke dalam kesebelasan utama di bawah kendalian pengurus sementara, Alan Curtis, selepas Bob Bradley dipecat, Rabu lalu.

0:30 - Ki Sung-yueng's yellow card for Swansea City v Bournemouth today is the quickest in the @PremierLeague this season (0:30). Keen.

— OptaJoe (@OptaJoe) December 31, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.