Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) dalam satu kenyataan hari ini mengesahkan bahawa Kejohanan Piala Sultan Azlan Shah 2021 di Ipoh, Perak bulan depan telah dibatalkan berdasarkan ketetapan dalam mesyuarat ahli lembaga pengarah eksekutif badan induk itu.

Presiden KHM, Datuk Seri Subahan Kamal, bersama timbalan presiden, Prof Datuk Dr S. Shamala, dan Presiden Persatuan Hoki Perak, Tuan Haji Mohd Sayuti Abdul Samat, telah mengumumkan perkara itu secara rasmi menerusi satu sidang media secara aplikasi dalam talian (ZOOM).

Pembatalan penganjuran kejohanan itu terpaksa dilakukan selepas mengambil kira situasi penularan COVID-19 yang tidak menunjukkan tanda-tanda untuk beransur pulih dalam masa terdekat dan keputusan itu juga telah mendapat perkenan Sultan Perak , Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Kejohanan tersebut, bagaimanapun, dirancang untuk dilangsungkan pada April 2022 tetapi sekiranya situasi berubah dan KHM berpeluang untuk menganjurkan kejohanan itu pada tahun ini, Subahan berkata ia mungkin akan diadakan pada penghujung tahun ini.

Piala Sultan Azlan Shah 2021 Dibatalkan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) hari ini telah mengadakan Mesyuarat Ahli...

Posted by Malaysian Hockey Confederation on Saturday, 8 May 2021