Penjaga gol Selangor FC, Khairul Azhan Khalid, tetap menghormati krebiliti Johor Darul Ta'zim (JDT) sebagai juara tujuh kali berturut-turut Liga Super.

Gergasi Merah membawa pulang satu mata dalam satu pertembungan menarik apabila seri 1-1 di Stadium Sultan Ibrahim, malam tadi,.

Khairul Azhan mempamerkan persembahan mantap apabila menepis sepakan penalti pemain import lawan dari Brazil, Bergson da Silva, di penghujung perlawanan selain dituntut mempamerkan prestasi terbaiknya untuk menghalang deretan percubaan tuan rumah.

Begitupun, pemain kelahiran Pahang itu tidak mahu terlalu terbawa-bawa untuk dijulang sebagai wira memandangkan kempen musim ini masih panjang.


? JADUAL PERLAWANAN LIGA SUPER 2021 - LS5 Saksikan siaran langsung perlawanan Perak FC lwn Johor Darul Ta'zim di TV1...

Posted by Malaysian Football League on Thursday, March 18, 2021


"Terima kasih kepada semua pemain kerana bermati-matian (beraksi) malam tadi.

"Bukan saya sahaja yang terbaik, semua pemain telah berikan yang terbaik.

"Kita sedia maklum JDT pasukan terbaik dari semua sudut.

"Dapat satu mata di sana sudah cukup baik.

"Tutup cerita semalam dan kami mahu fokus perlawanan seterusnya," katanya ringkas.