Didier Deschamps akan meneruskan peranannya sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan Perancis, demikian diumumkan presiden Persatuan Bolasepak Perancis (FFF).

Deschamps menamatkan kempen Euro 2020 bersama Perancis dengan mengecewakan apabila pasukan juara dunia itu disingkirkan Switzerland dalam pusingan 16.

Bagaimanapun, selepas membawa Les Bleus menjuarai Piala dunia 2018 dan layak ke final Euro 2016, kedudukannya di FFF kelihatan masih tidak tergugat.

Ketika di tanya Le Figaro sama ada Deschamps akan kekal bersama skuad kebangsaan itu atau tidak, Presiden FFF, Noel Le Graet, berkata: "Jawapannya ya.

"Saya menerima (berita itu) Rabu lalu di Guingamo. Perkara itu selesai dalam hanya tiga minit. Keinginan tingginya masih kuat untuk meneruskannya, saya juga sama.

"Langsung tiada perdebatan mengenai 'apa yang akan kita lakukan?' atau 'bagaimana kita mahu melakukannya?'," katanya.

Sejak menjadi ketua jurulatih Perancis sejak 2012, Deschamps turut membawa pasukan itu mara ke suku akhir Piala Dunia 2014, di mana mereka disingkirkan oleh pasukan juara, Jerman.