Leonardo Bonucci berpandangan kemenangan 3-0 Juventus di Barcelona "lebih manis" berbanding kenangan mereka melangkah ke final Liga Juara-Juara (UCL) 2017.

Juventus menungguli Kumpulan G dengan kemenangan yang berhak diraih di Catalonia, di mana mereka ditewaskan Barca 2-0 dalam perlawanan sebelum ini.

Cristiano Ronaldo meledak dua penalti dan Weston McKennie menyempurnakan voli untuk menyaksikan Juve sekali lagi meraikan kemenangan di Nou Camp.

Juara Serie A itu bertemu ke Barca dalam aksi separuh akhir 2017 dan seri 0-0 selepas mempertahankan kelebihan agregat 3-0.

Tetapi di sebalik kelemahan Barca kali ini, kemenangan itu menyaksikan The Blaugrana buat pertama kali tewas di laman sendiri sejak dalam saingan UCL sejak 2013.

Bonucci berkata kepada Sky Sport: "Kami mempunyai hasrat besar untuk meraih kemenangan ini.


"Kami telah datang ke sini beberapa tahun yang lalu dan memastikan keputusan 0-0 selepas memenangi 3-0 dalam aksi pertama. Kemenangan ini lebih indah.

"Ia merupakan usaha sepasukan, masing-masing sedia berkorban dan dengan kehadiran pemain seperti Cristiano, seorang penjaring yang klinikal, memastikan kemenangan dalam perlawanan ini.

"Tetapi saya ulangi, ia adalah usaha sepasukan. Kami akan pulang dan pulih, perlu memikirkan semula mengenai perlawanan bertemu Genoa Ahad ini. Kami perlu mengulangi prestasi ini dalam Serie A pula."