Kemenangan Leipzig ke atas Bayern buka peluang Dortmund julang Bundesliga

Ammar Hakim
Mei 20, 2023 22:11 MYT
Bayern Munich melepaskan kawalan dalam perebutan kejuaraan Bundesliga apabila mereka tewas 3-1 kepada RB Leipzig di Allianz Arena.
Penyandang juara itu mendahului menerusi jaringan Serge Gnabry namun serangan balas yang hebat menyaksikan Konrad Laimer menyamakan kedudukan pada separuh masa kedua.
Dua penalti lewat di lewat permainan mengejutkan Bayern, Christopher Nkunku bertindak menyempurnakan jaringan selepas dijatuhkan oleh Benjamin Pavard dan Dominik Szoboszlai melakukan perkara yang sama selepas bola terkena tangan Noussair Mazraoui.
Bayern kini memerlukan Borussia Dortmund untuk tergelincir dalam salah satu baki perlawanan mereka -- di Augsburg dan menentang Mainz Sabtu depan -- untuk mempunyai sebarang peluang merangkul kejuaraan ke-11 berturut-turut.

Christo x Domi ??#FCBRBL 1-3 pic.twitter.com/ZFsfienNXB

— RB Leipzig English (@RBLeipzig_EN) May 20, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Bundesliga