Pengendali Tottenham, Mauricio Pochettino, berkata kemenangan 2-0 ke atas Aston Villa dalam saingan Piala FA akan menaikkan semangat pemain simpanan selepas diberi peluang beraksi pada Ahad.

Ben Davies dan Song Heung-min melakar nama selaku penjaring tatkala Spurs bertarung sebelum berjaya menyingkirkan Villa dalam pusingan ketiga di White Hart Lane.

Davies hanya membuat tiga penampilan dalam Liga Perdana Inggeris musim ini, namun tidak mensia-siakan peluang untuk untuk membuka tirai jaringan.

"Bukan mudah untuk beraksi dalam Piala FA, apatah lagi berdepan pasukan yang tersusun seperti Villa. Jadi, agak sukar untuk menewaskan mereka," Pochettino memberitahu BBC Sport.

"Kami menguasai hantaran bola tetapi kesabaran kami nyata membuahkan hasil.

"Saya sangat gembira kerana perlawanan ini membuka peluang buat pemain simpanan untuk mempamerkan kualiti mereka.

"Ketika keputusan masih terikat 0-0, kami melakukan perubahan sedikit dan seterusnya mula melakar jaringan.

"Saya sangat gembira dengan pemain yang jarang mendapat peluang untuk beraksi, penting untuk mereka mula membina keyakinan.

Salah seorang daripada pemain simpanan, Kieran Tripper berkata: "Saya berlatih dengan giat hampir setiap hari tetapi saya sukar mendapat tempat ekoran Kyle Walker sering mencuri tumpuan.

"Saya perlu lebih bersedia selepas ini."