Kemarau jaringan Werner terus berpanjangan

Ammar Hakim
Disember 27, 2020 04:23 MYT
Kemarau penyerang Chelsea, Timo Werner, terus berpanjangan ketika mengalami kekalahan dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di tangan Arsenal, awal pagi tadi.
Pemain kebangsaan Jerman itu digantikan oleh ketua jurulatih, Frank Lampard, pada separuh masa ketika berdepan The Gunners di mana menyaksikan dia melewati 10 perlawanan tanpa jaringan.
Kemarau terpanjangannya adalah 12 perlawanan di antara Mac dan September 2016 ketika berakhir bersama Stuttgart dan RB Leipzig.
Werner gagal menghasilkan sebarang percubaan tepat ke sasaran berdepan Arsenal dan hanya melakukan dua sentuhan dalam kotak penalti sebelum digantikan oleh Callum Hudson-Odoi ketika mereka tewas 3-1.
Ditandatangani dari RB Leipzig menjelang permulaan musim 2020-21, Werner sekadar meledak empat gol dalam 15 perlawanan EPL.
Kali terakhir Werner menjaringkan gol buat Chelsea ketika menang 4-1 ke atas Sheffield United di Stamford Bridge pada 7 November.
Lampard mempertahankan rekod pemain berusia 24 tahun itu dengan menyatakan tanpa menjaringkan gol, Werner masih mampu menggerunkan dan menghasilkan masalah buat pasukan lawan.

10 – Timo Werner has now failed to score in his last 10 games in all competitions, his longest drought since a run of 12 matches between March and September 2016 across spells at Stuttgart and RB Leipzig. Barren.

— OptaJoe (@OptaJoe) December 26, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Arsenal #Chelsea #Frank Lampard #Timo Werner #EPL