Kemarahan Ronaldo beri Guimaraes inspirasi

Shaiful Shamsudin
Mei 28, 2020 01:08 MYT
Kemarahan Cristiano Ronaldo terhadap kekalahan menawarkan pengajaran kepada Bruno Guimaraes sungguhpun pemain tengah Lyon itu terlepas peluang untuk menukar jersi dengan pemain pujaannya tersebut.
Guimaraes hanya beraksi lima kali buat Lyon sejak perpindahan bernilai €20 juta (RM95.9 j) daripada Athletico Paranaense, Januari lalu, tetapi pemain berusia 22 tahun itu membuat kejutan apabila diturunkan ketika menentang Juventus dalam Liga Juara-Juara (UCL).
Pertembungan itu memberi peluang kepada pemain Brazil tersebut untuk menghadapi pemenang lima Ballon d'Or berkenaan.
Guimaraes bermain sepanjang perlawanan ketika wakil Perancis itu meraih bekalan tipis 1-0 dalam pertemuan pusingan 16 berkenaansebelum wabak novel koronavirus (Covid-19) semakin merebak di serata dunia.

?️ @RudiGarcia on @Cristiano...#UCL #OLJuve pic.twitter.com/CsaK2z0WWP

— OL English ?? (@OL_English) February 26, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ronaldo merupakan "pemain yang biasa saya gunakan dalam permainan video", jelasnya kepada UOL ketika mengimbau pengalaman yang diraihnya itu.
"Kami sempat bercakap dalam bahasa Portugis," katanya.
"Dia berkata ia bukan satu kekasaran tetapi saya katakan sebaliknya.
"Saya mahu memintanya untuk menukar jersi tetapi dia kelihatan agak marah. Dia seorang pemain yang tidak sukakan kekalahan. Inilah sikap yang harus saya ambil sebagai contoh; seorang pemain yang telah memenangi segalanya tetapi bencikan kalah.
"Saya mahu perkara ini lebih banyak bermain dalam fikiran saya. Peluang belajar daripada seorang legenda bola sepak sangat penting."
#Cristiano Ronaldo #Lyon #Bruno Guimaraes