Kelibat Mbappe jadi tanda tanya di sebalik prestasi cemerlang Messi, Neymar

Shaiful Shamsudin
Ogos 7, 2022 02:29 MYT
CLERMONT FOOT 0 PSG 5
Ketiadaan kelibat Kylian Mbappe terus mencuri tumpuan di sebalik jaringan berganda Lionel Messi selain persembahan mantap Neymar yang mencipta empat umpanan gol ketika membantu Paris Saint-Germain (PSG) menewaskan Clermont Foot 5-0, awal pagi tadi.
Pengurus PSG, Christophe Galtier, mengesahkan ketiadaan penyerang itu dalam aksi pembukaan Ligue 1 adalah sebagai langkah berjaga-jaga dan penyerang Perancis berkenaan dijangka kembali minggu depan.
Mbappe dipinggirkan dalam perlawanan pertama mereka untuk misi mempertahankan kejuaraan, kurang seminggu selepas tersisih dalam kemenangan Trophee des Champions ke atas Nantes.
Begitupun, bercakap dengan Canal+ selepas perlawanan, Galtier meredakan kebimbangan terhadap pemain berusia 23 tahun itu yang mungkin terpaksa berehat panjang.

2 - Christophe Galtier lined up the same starting XI for the second consecutive time in all comps (against Nantes in the Champions Trophy and tonight in Clermont). This had never happened under the Pochettino era, between January 2021 and May 2022. Stability. #CF63PSG pic.twitter.com/8oHJxiEukM

— OptaJean (@OptaJean) August 6, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bekas pengendali Lille itu sebaliknya mengakui ayam tambatannya tersebut sedia dipertaruhkan andai ia melibatkan perlawanan getir.
Ditanya sama ada Mbappe mungkin kembali hujung minggu depan, Galtier berkata: "Ya, saya rasa begitu. Dia mempunyai sedikit masalah dan kami tidak mahu mengambil sebarang risiko.
“Jelas sekali, jika kami berdepan perlawanan sukar atau perlawanan Liga Juara-Juara (UCL), Kylian mungkin akan mengambil bahagian.
"Kami lebih suka menangguhkan kepulangannya dan dia pasti akan bersama kami, saya fikir ketika menentang Montpellier."
PSG akan bermain di tempat sendiri buat pertama kalinya musim ini ketika bertemu Montpellier hujung minggu depan untuk mengintai kemenangan kompetitif ketiga di bawah pengurus baru itu.
#Neymar #PSG #Lionel Messi #Kylian Mbappe