Penggempur kelahiran Brazil, David Da Silva, tetap menjadi keutamaan Terengganu FC (TFC) walaupun Jordan Mintah menunjukkan aksi mantap bersama pasukan utama selepas diserap daripada kelab sokongan, TFC II.

Mintah meledak tiga gol dalam empat penampilan bersama skuad Peteh setakat ini sejak menggantikan Da Silva ekoran kecederaan.

"Kami gembira dan pada masa sama kami tahu bahawa pemain import bersama TFC II mampu menggalas tugas dalam Liga Super, " pengurus TFC, Zulfadli Rozi.





Namun, ini bukan bermakna TFC berhasrat mengetepikan khidmat penyerang kelahiran Ghana itu untuk aksi berikutnya kerana kelibatnya tetap ditagih andai jurulatih, Nafuzi Zain, yang mahu pertaruhkan dua penggempur.

"Dia sudah 100 peratus pulih.

"Kami akan gunakan jadual antarabangsa selama 12 hari ini kami fokus kepada kecergasannya.

"Dia mungkin akan kembali dalam aksi Liga Super," katanya menjelang kunjungan Petaling Jaya City, Jumaat depan.


⚽️ PENJARING TERBANYAK LIGA SUPER 2021 ? Alex Goncalves ? Darren Lok ? Dominique Da Sylva ⬛⬜ Jordan Mintah ?? Kpah...

Posted by Malaysian Football League on Sunday, March 21, 2021