MIDTJYLLAND 2 CELTIC 1
(Midtjylland menang dengan agregat 3-2)

Celtic berdepan satu lagi igauan ngeri dalam Liga Juara-Juara Eropah (UCL) selepas Midtjylland bangkit dari ketinggalan untuk menang 2-1 dalam masa tambahan pusingan kelayakan kejohanan itu awal pagi tadi.

Gol gemilang Callum McGregor meletakkan The Hoops di depan pada awal babak kedua perlawanan timbal balik itu selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 di MCH Arena dalam perlawanan pertama.

Awer Mabil menyamakan kedudukan menerusi gol tandukannya sebelum Raphael Onyedika memastikan kemenangan pasukan dari Denmark itu untuk kini mencongak perhitungan dengan PSV.

Celtic tersingkir di peringkat sama seperti musim lalu dan kini akan melalui pusingan kelayakan Liga Europa menentang wakil Republik Czech, Jablonec.