Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia: Info Siaran Langsung Oman lawan Malaysia

Ammar Hakim
Mac 21, 2024 02:27 MYT
Masa yang dinanti-nantikan buat peminat bola sepak tanah air kembali tiba, Malaysia bakal meneruskan cabaran dalam saingan Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia berdepan Oman, di Muscat.
Kompleks Sukan Sultan Qaboos, Muscat bakal menjadi medan Malaysia untuk meneruskan rentak cemerlang dalam kelayakan susulan meraih dua kemenangan daripada dua perlawanan Kumpulan D untuk menghuni tangga teratas dengan enam mata.
Saksikan perwira negara mempamerkan aksi cemerlang buat Malaysia awal pagi esok jam 2 pagi menerusi saluran Astro Arena dan Astro Go.
#Harimau Malaya #Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia