Timo Werner meledak dua gol ketika Jerman menjadi pasukan pertama layak ke Piala Dunia 2022 hasil kemenangan 4-0 ke atas Macedonia Utara dalam pertembungan Kumpulan J, awal pagi tadi.

Skuad kendalian Hansi Flick -- yang telah menang kelima-lima perlawanan di bawah ketua jurulatih baru -- mengambil peluang awal di Tose Proeski Arena, dengan Timo Werner dinafikan tiang gol ketika pelawat melakukan 15 percubaan ke arah pintu gol lawan.

Bagaimanapun, Kai Havertz membuka jaringan selepas 50 minit sebelum Werner meledak dua gol pantas membuat perlawanan sukar dikejar tuan rumah.

Jamal Musiala kemudian melengkapkan kemenangan dan menyaksikan Jerman mendahului lapan mata sekaligus layak ke Qatar 2022.