Gareth Southgate tidak terkejut dengan persembahan Phil Foden ketika England bertemu Andorra dalam aksi kelayakan Piala Dunia, awal pagi tadi.

Foden hadir ke aksi antarabangsa selepas cemerlang diturunkan sebagai sayap kiri ketika Manchester City seri 2-2 dengan Liverpool, menjaringkan satu gol serta melakukan assist.

Pemain berusia 21 tahun itu tidak berada dalam senarai penjaring ketika England menang 5-0 dalam aksi kelayakan Piala Dunia, tetapi dia mengawal corak permainan pasukan.

Melakukan lorongan buat jaringan pembukaan Ben Chilwell, Foden kemudian melakukan assist kepada jaringan kedua yang disumbat masuk Bukayo Saka.

Tammy Abraham, James Ward-Prowse dan Jack Grealish menambah jaringan namun Foden pemain paling menyerlah sepanjang perlawanan.

"Kami mengetahui kualiti yang dimiliki Foden," kata Southgate. "Bagi kami, ia merupakan sesuatu menarik menentuan kedudukannya dalam kesebelasan utama bagi aksi-aksi akan datang.

"Ia merupakan perlawanan cukup sempurna, gerakan serta hantaran yang dilakukan dengan sempurna.

"Mengenai persembahan Foden, saya tidak terkejut dia merupakan pemain paling menyerlah."