Kelayakan Piala Dunia: Sepanyol panggil Sergio Reguilon tampung masalah kecederaan

Shaiful Shamsudin
September 6, 2021 22:47 MYT
Pertahanan Tottenham, Sergio Reguilon, dipanggil menyertai Sepanyol berikutan kecederaan yang dialami Jose Gaya.
Bek Valencia itu memulakan kemenangan kempen kelayakan Piala Dunia 4-0 ke atas Georgia semalam dengan menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-14.
Tetapi dia tidak dapat meneruskan kempennya akibat masalah betis selepas menjalani imbasan.
Sebagai langkah berjaga-jaga, Gaya akan kembali ke pangkuan Valencia dan terpaksa melupakan aksi La Roja menghadapi Kosovo di Pristina, Khamis ini.
Tonggak berusia 24 tahun, Reguilon, pula berpeluang melakukan penampilan selepas lima aksi antarabangsanya dan ia merupakan panggilan pertamanya pada tahun ini.
Walaupun mengharungi musim pertama yang amat memuaskan dalam Liga Perdana Inggeris (EPL), Reguilon langsung tidak diberi perhatian di peringkat antarabangsa musim lalu selain tersisih dalam Euro 2020.

? OFICIAL | Sergio Reguilón (@sergio_regui) se incorpora a la @SeFutbol. ➡️ @jose_gaya abandona por precaución la concentración tras las molestias que sintió ayer en el sóleo durante el partido ante Georgia en Badajoz. ℹ️ https://t.co/MeKvjnGJJM #VamosEspaña #Catar2022 pic.twitter.com/wZg0YLwcGW

— Selección Española de Fútbol (@SeFutbol) September 6, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sekembalinya ke kem Sepanyol, Reguilon berkata: "Perkara pertama yang saya lakukan ketika mereka memanggil saya adalah menghantar mesej kepada Jose Gaya untuk bertanyakan khabarnya.
"Saya sangat gembira untuk berada di sini dan bertemu dengan rakan sepasukan setelah sekian lama. Sangat seronok apabila mereka mengambil kira saya."
Reguilon telah terbabit dalam setiap minit sepanjang musim baru EPL yang menyaksikan Spurs muncul satu-satunya kelab yang memenangi ketiga-tiga perlawanan awal.
#kelayakan Piala Dunia #Piala Dunia 2022