Kelayakan Piala Dunia: Ronaldo pecahkan rekod Ali Daei ketika Portugal atasi Republik Ireland

Muzaffar Musa
September 1, 2021 23:42 MYT
PORTUGAL 2 REPUBLIK IRELAND 1
Cristiano Ronaldo menjadi pemain lelaki yang menjaringkan gol terbanyak dalam sejarah bola sepak antarabangsa apabila dua jaringannya pada lewat permainan memastikan Portugal bangkit menewaskan Republik Ireland 2-1 dalam perlawanan Kumpulan A, pusingan kelayakan Piala Dunia di Estadio Do Algarve awal pagi tadi.
Pemain berusia 36 tahun itu, yang baru sahaja melengkapkan kepulangannya ke Manchester United minggu ini, pada awalnya terlepas peluang untuk mengatasi rekod legenda Iran, Ali Daei, selepas sepakan penaltinya diselamatkan Gavin Bazunu.
Republik Ireland kendalian Stephen Kenny kelihatan memanfaatkan kegagalan itu apabila John Egan meletakkan mereka di depan sebelum menuju ke bilik persalinan.
Bagaimanapun, Ronaldo membuktikan bahawa perlawanan itu akan berakhir dengan memihak pasukannya apabila menanduk masuk gol penyamaan pada minit ke-89 -- jaringan yang membolehkannya memecahkan rekod dunia dengan 110 gol -- sebelum memastikan kemenangan bersejarah dengan satu lagi tandukan gemilangnya dalam waktu kecederaan.

EWYGUHSDJKCNELSDLSD GOOOOOOOOOOOOLO de @Cristiano E ESTAMOS NA FRENTE!! VAMOS ✊✊#PORIRE | 2-1 | #VamosComTudo #WCQ pic.twitter.com/Yqz8SG6LJt

— Portugal (@selecaoportugal) September 1, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#bola sepak #Cristiano Ronaldo #Portugal #kelayakan Piala Dunia #Republik Ireland #John Egan