Kelayakan Piala Dunia: Ronaldo janji 'sentiasa cari banyak gol' selepas hatrik terbaru bersama Portugal

Muzaffar Musa
Oktober 13, 2021 00:44 MYT
PORTUGAL 5 LUXEMBOURG 0
Cristiano Ronaldo berjanji akan sentiasa mencari lebih banyak gol selepas merekodkan satu lagi hatrik ketika Portugal menewaskan Luxembourg 5-0 dalam pusingan kelayakan Piala Dunia awal pagi tadi.
Ronaldo merakamkan hatrik yang ke-58 sepanjang kariernya -- yang ke-10 bersama portugal -- dalam perlawanan di Estadio Do Algarve itu.
Pemenang lima kali Anugerah Ballon d'Or berusia 36 tahun itu memenangi dan menjaringkan dua gol sepakan penalti dalam tempoh lima minit pada awal babak pertama sebelum melengkapkan hatriknya pada tiga minit terakhir, di mana Bruno Fernandes dan Joao Palhinha turut menemui sasaran.

58 - Against Luxembourg this evening, Cristiano Ronaldo scored the 58th hat-trick of his professional career and his 10th for Portugal. Incredible. pic.twitter.com/qAFsZO2Slq

— OptaJoe (@OptaJoe) October 12, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ronaldo -- yang melebarkan rekod selaku penjaring terbanyak sepanjang zaman di peringkat antarabangsa kepada 115 gol -- menulis dalam satu kiriman Instagram: "Satu lagi kemenangan, satu lagi langkah ke arah sasaran kami, satu lagi malam bersejarah dalam mempertahankan bendera kami!
"Segala-galanya menjadi lebih mudah apabila kami bermain di laman kami dan di depan penyokong yang mengambil berat mengenai kami dari minit pertama hingga terakhir.
"Saya telah berjanji yang saya akan sentiasa mencari lebih banyak dan lebih banyak dan lebih banyak (gol).
"Ia berada dalam DNA saya dan DNA kami, kami tidak pernah berpuas hati, kami tidak pernah mengendurkan semangat kami dan kami sentiasa melakukannya," katanya.
#bola sepak #Cristiano Ronaldo #Portugal #Luxembourg #kelayakan Piala Dunia