Cristiano Ronaldo mengakui kekalahan 2-1 kepada Serbia pada Ahad adalah 'sukar' tetapi berikrar bahawa harapan Portugal untuk layak ke Piala Dunia 2022 'masih bernyawa'.

Walaupun Portugal mendahului dengan jaringan awal yang disumbang Renato Sanches di Lisbon, gol penyamaan daripada Dusan Tadic dan tandukan Aleksandar Mitrovic pada minit ke-90 menyaksikan Serbia mengatasi Portugal untuk memenangi Kumpulan A dalam kelayakan Piala Dunia.

Skuad kendalian Fernando Santos kini mesti melalui play-off pada bulan Mac jika mereka layak ke kejohanan itu, walaupun kapten, Ronaldo yakinkan dia masih percaya pasukannya akan layak ke Qatar.

"Bola sepak telah menunjukkan kepada kami berkali-kali bahawa, ada kalanya, ia adalah laluan paling berliku yang membawa kepada hasil yang paling diinginkan," tulis pemain berusia 36 tahun itu di Instagram.

"Keputusan semalam adalah sukar, tetapi tidak cukup untuk menjatuhkan kami. Objektif untuk hadir ke Piala Dunia 2022 masih hidup dan kami tahu apa yang perlu kami lakukan untuk ke sana. Tiada alasan. Portugal [sedang] menuju ke Qatar."

Ronaldo menjaringkan enam gol dalam tujuh perlawanan untuk negaranya dalam kelayakan, termasuk gol menentang Republik Ireland yang menyaksikannya menjadi penjaring gol sepanjang masa dalam bola sepak antarabangsa, mengatasi pemain Iran, Ali Daei (109).