Pemain tengah negara, Brendan Gan, terkilan tidak dapat diturunkan ketika berdepan Emiriah Arab Bersatu (UAE) sebaik baki pusingan kedua, kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 bersambung Jumaat depan.

Dia perlu menjalani penggantungan akibat kad kuning, namun tetap memberikan sokongan padu buat rakan sepasukan yang lain ketika memulakan misi memburu mata dalam tiga perlawanan Kumpulan G di Dubai itu.

Dia -- yang memperkuatkan barisan tengah ketika tumbang 0-2 kepada Bahrain semalam -- percaya mana-mana yang menggantikannya kelak masih mampu menjalankan amanah dengan cemerlang.




"Kami mempunyai ramai pemain yang mengagumkan dalam pasukan ini. Apabila terpilih, kualiti pasukan tidak kendur malah bertambah baik.

"Saya sentiasa bersedia menghulurkan bantuan -- apa sahaja yang rakan sepasukan harapkan.

"Saya sentiasa bersedia menerusi kebolehanan saya dalam berkomunikasi dan kepimpinan.

"Apa pun, kami fokus kepada diri sendiri, takti dan kerjsama pasukan untuk melepasi rintangan ini," kata pemain kacukan dari Australia itu yang memiliki 16 penampilan kebangsaan.




Sementara itu, sempena hari jadinya yang ke-53 hari ini, ketua jurulatih negara, Tan Cheng Hoe, berharap mampu melakar kenangan manis sepanjang kempen di Dubai.

"Impian saya tentulan mahu menang dengan UAE.

"Kami tidak boleh juga dua perlawanan lagi yang cukup penting," katanya.