Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) menerusi laman web rasmi mereka hari ini mengumumkan bahawa baki perlawanan peringkat kumpulan pusingan kelayakan Piala Dunia/Piala Asia melibatkan skuad negara akan bersambung dari 3 hingga 15 Jun depan.

Badan induk Asia itu akan menentukan venue bagi setiap perlawanan berkenaan dalam masa terdekat.

Dengan itu, Malaysia akan berdepan Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 3 Jun depan sebelum berdepan Vietnam lapan hari kemudian.

Aksi penutup saingan itu pula menyaksikan Harimau Malaya akan menghadapi tentangan Thailand pada 15 Jun depan.

Malaysia setakat ini berada di tangga kedua Kumpulan G dengan sembilan mata, kurang dua mata di belakang pendahulu, Vietnam.

AFC menerusi laman webnya di https://www.the-afc.com/competitions/afc-asian-cup/fixtures/ telah mengumumkan tarikh bagi...

Posted by Football Association of Malaysia on Wednesday, 10 March 2021