Kelayakan Piala Dunia: Jerman terus pamer aksi berbisa atasi Armenia

Ammar Hakim
November 14, 2021 23:04 MYT
Ilkay Gundogan meledak dua gol ketika Jerman melengkapkan dominasi saingan kelayakan Piala Dunia dengan kemenangan 4-1 ke atas Armenia awal pagi tadi.
Kai Havertz dan Jonas Hofmann turut menemui sasaran buat Die Mannschaft di Stadium Stadium Vazgen Sargsyan Republican, dengan tuan rumah menjaringkan gol saguhati menerusi Henrikh Mkhitaryan.
Ketua jurulatih, Hansi Flick, melakukan enam pertukaran daripada skuad yang mengatasi Liechtenstein 9-0 Khamis lalu, tetapi Jerman kekal kelihatan ampuh, mudah mengatasi skuad kendalian Joaquin Caparros.
Ia merupakan kemenangan kesembilan daripada 10 aksi kelayakan buat Jerman dan bermakna mereka memiliki kelebihan sembilan mata ke atas Macedonia Utara dalam saingan Kumpulan J.

3- For the first time this century, three players of Borussia Mönchengladbach - Florian Neuhaus, Matthias Ginter and Jonas Hofmann - are in the starting XI for a match for Germany. Foals. #ARMGER pic.twitter.com/znXrUFNOrs

— OptaFranz (@OptaFranz) November 14, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#kelayakan Piala Dunia #Jerman #Ilkay Gundogan #Armenia #Kai Havertz #Jonas Hofmann