Kelayakan Piala Dunia: Jerman sahkan Sule dijangkiti COVID-19

Muzaffar Musa
November 10, 2021 02:08 MYT
Pengarah Pasukan Kebangsaan Jerman, Oliver Bierhoff, mengesahkan bahawa Niklas Sule merupakan pemain mereka yang diuji positif koronavirus.
Terdahulu, satu pengumuman memaklumkan terdapat seorang pemain Jerman yang dipanggil bagi perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia menentang Liechtenstein dan Armenia diuji positif dalam ujian PCR dan segera diasingkan walaupun tiada sebarang nama didedahkan.
Empat pemain lain yang didapati menjadi kontak rapat turut diasingkan walaupun tiada sebarang kes positif lain direkodkan di kem latihan itu.
Dalam satu sidang media selepas itu, Bierhoff mengesahkan bahawa pertahanan tengah Bayern Munich, Sule, merupakan pemain yang didapati positif virus berkenaan.
Sule telah melengkapkan dua dos vaksinnya dan laporan awal menyatakan bahawa dia tidak menunjukkan sebarang gejala.
Rakan sepasukannya, Joshua Kimmich, yang sebelum ini mendedahkan dia masih belum mengambil sebarang vaksin COVID-19, merupakan salah seorang daripada empat pemain lain yang perlu menjalani pengasingan.
Kimmich, 26, menjelaskan pada bulan lalu bahawa dia bukanlah penentang vaksin dan tidak menolak untuk mengambilnya apabila diperlukan tetapi masih mahu menunggu sehingga kajian yang lebih mendalam dilakukan.
Dua lagi pemain Bayern, Serge Gnabry dan Jamal Musiala, turut dikuarantin kerana mereka datang bersama Sule ke kem latihan itu.
Seorang lagi pemain yang menjadi kontak rapat dan turut menjalani pengasingan Karim Adeyemi.

ℹ️ As well as having five players in quarantine, Florian #Wirtz and Nico #Schlotterbeck have pulled out due to muscular problems. Hansi #Flick has therefore called Ridle #Baku, Maximilian #Arnold and @KeVolland into the squad as replacements ?#DieMannschaft pic.twitter.com/n5j8oIY5zr

— Germany (@DFB_Team_EN) November 9, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#bola sepak #Oliver Bierhoff #Bayern Munich #kelayakan Piala Dunia #Jerman #Niklas Sule