Pengurus Itali, Roberto Mancini, buat julung kalinya menyenaraikan ketua pasukan Atalanta, Rafael Toloi, dan pemain tengah Spezia, Matteo Ricci, dalam skuad 38 pemain untuk tiga perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022, minggu depan.

Toloi merupakan pemain kelahiran Brazil tetapi telah menetap di Itali sejak meninggalkan Sao Paulo untuk menyertai Atalanta pada 2015. Dia telah menerima kewarganegaraan di Eropah untuk melayakkan mewakili Azzurri.

Pemain berusia 30 tahun itu mendapat perhatian Mancini selepas sentuhan bek tengah itu mencuri perhatian dalam Serie A dan Liga Juara-Juara.

Ricci, 26, pula berkelana ke Spezia dari Roma pada Julai 2018 dan membantu pasukan itu memenangi promosi ke Serie A musim lalu.

Dia belum mencetak gol buat Spezia musim ini tetapi telah menjelmakan dua bantuan jaringan dan mencipta 16 peluang terbuka sambil berhasil merampas bola sebanyak 139 kali, jumlah tertinggi pasukan itu.

Itali akan menghadapi Ireland Utara di Parma dalam aksi pembukaan kelayakan Kumpulan C pada Jumaat depan kemudian menentang Bulgaria di Sofia sebelum berdepan Lithuania di Vilnius.



Trio Inter, Alessandro Bastoni, Nicolo Barella dan Stefano Sensi hanya akan terlibat jika mereka mendapat kebenaran daripada jabatan kesihatan memandangkan mereka kini dikenakan sekatan selepas COVID-19 melanda kelab itu.

Stefan de Vrij dan Matias Vecino diuji positif, lantas Nerazzurri menjelaskan semua pemain kelab itu akan dihalang untuk menyertai pasukan antarabangsa walaupun ia mungkin berubah sekiranya mereka kembali dengan keputusan negatif pada Isnin ini.

Persekutuan Bola Sepak Itali (FIGC) mengatakan Ricci juga tidak dapat mengelak daripada melakukan hal yang sama.

Itali belum tewas dalam 22 perlawanan seterusnya layak ke Euro 2020 musim panas ini selain akan beranksi dalam pusingan akhir Liga Negara-Negara, Oktober depan.