BRAZIL 1 COLOMBIA 0

Brazil layak ke Piala Dunia Qatar 2022 selepas jaringan tunggal perlawanan oleh Lucas Paqueta dalam separuh masa kedua memastikan kemenangan 1-0 ke atas Colombia, sebentar tadi.


Skuad Selecao yang diterajui Tite itu sedar kemenangan berkenaan akan memastikan mereka menempah tempat mereka ke temasya Qatar 2022.

Walaupun gah tidak tumpas kepada Colombia dalam 13 perlawanan di peringkat kelayakan, pertemuan di Sao Paolo itu dijangka menghadirkan pengalaman berbeza memandangkan pasukan Samba hanya menang sekali dalam enam pertemuan terakhir di antara mereka.




Tetapi gabungan Paqueta dan Neymar mempamerkan magis mereka pada minit ke-72 untuk tuan rumah kekal mendahului kempen kelayakan Piala Dunia zon Amerika Selatan sambil melanjutkan rekod 12 perlawanan tanpa kalah dalam saingan ini.