Ketua jurulatih Belanda, Louis van Gaal, berkata skuad kendaliannya tidak perlu beraksi untuk menghiburkan selepas merakamkan kemenangan 1-0 ke atas Latvia dalam aksi kelayakan Piala Dunia di Riga semalam.

Davy Klaassen menjaringkan gol pada minit ke-19 untuk membenarkan Oranje terus kekal di puncak Kumpulan G, walaupun mereka memerlukan Justin Bijlow untuk menafikan percubaan lawan dalam masa kecederaan.

Jaringan Klaassen terhasil selepas menerima hantaran Memphis Depay menerusi sepakan sudut ketika skuad kendalian Van Gaal tidak menampilkan aksi yang memberangsangkan, di mana mereka mengawal permainan sebanyak 75 peratus.

Van Gaal enggan tertarik dengan keperluan pasukannya untuk menampilkan permainan menghiburkan, menegaskan kelayakan Piala Dunia adalah sasaran utama selepas mereka terlepas saingan tersebut pad 2018.

"Kami tidak perlu menghiburkan orang awam di sini," kata van Gaal. "Kami perlu layak ke Piala Dunia, itu sasarannya.

"Perlawanan ini sukar, setiap hantaran jauh adalah peluang buat penyerang [Roberts Uldrikis] mereka."