Juventus mengesahkan ketua pasukan, Giorgio Chiellini, dibelenggu masalah tumit kiri.

Chiellini terpaksa menarik diri daripada perlawanan kelayakan Piala Dunia bersama Itali menentang Switzerland pada awal pagi esok dan kembali ke Turin untuk ujian lanjut.

Juve menunggu untuk mengetahui berapa lama kapten Itali berumur 37 tahun itu akan tersisih.

Bunyi kelab itu dalam satu kenyataan: "Ujian yang dijalani Giorgio Chiellini di J-Medical pagi ini menunjukkan keradangan di tendon tumit kirinya. Keadaannya akan dipantau setiap hari."

Sementara itu, Moise Kean pula melengkapkan sesi bersama rakan sepasukan di peringkat kelab selepas penyerang tersebut pulih daripada kecederaan hamstring dan pertahanan, Mattia De Sciglio, pula meneruskan pemulihannya di bahagian sama.

Bianconeri mengintai kemenangan ketiga berturut-turut apabila menentang Lazio, hujung minggu depan.