Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe, berdepan dugaan berat apabila kehilangan bapanya sebentar tadi -- menjelang sepak mula menentang Vietnam dalam kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Dubai, tengah malam ini.

Berita sedih itu dikongsi Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) di laman sosial sebentar tadi.

Tan Chooi Siak menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 95 tahun kerana sakit tua di kediaman mereka di Taman Pelangi, Alor Setar.

“FAM mengucapkan takziah kepada ketua jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe atas pemergian bapanya, Tan Chooi Siak, 95, pada hari ini, Jumaat 11 Jun 2021,” tulis FAM dalam satu kenyataan.