Kelayakan Piala Dunia 2022: Malaysia berdepan seteru ASEAN

Penulis Jemputan
Julai 17, 2019 10:10 MYT
Harimau Malaya berdepan ranjau di Asia Tenggara dalam pusingan kedua kelayakan Piala Dunia Qatar 2022/Piala Asia China 2023 zon Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) yang bermula 5 September 2019 hingga 9 Jun 2020.
Majlis undian yang diadakan di Rumah Kelab AFC, Bukit Jalil, sebentar tadi, menyaksikan Indonesia, Thailand, Vietnam selain Emiriah Arab Bersatu (UAE) bakal berentap dengan skuad bimbingan Tan Cheng Hoe itu dalam Kumpulan G.
Juara kumpulan akan layak ke pusingan ketiga manakala empat pasukan yang bergelar naib juara terbaik akan melengkapkan slot 12 pasukan yang akan ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2022 dan layak secara automatik ke Piala Asia 2023.
Baki pasukan yang terkandas dalam pusingan kedua, bagaimanapun, akan meneruskan kempen kelayakan Piala Asia 2023 dengan 24 pasukan akan dibahagikan dalam enam kumpulan.
Keputusan penuh:
KUMPULAN A
CHINA
SYRIA
FILIPINA
MALDIVES
GUAM
KUMPULAN B
AUSTRALIA
JORDAN
TAIWAN
KUWAIT
NEPAL
KUMPULAN C
IRAN
IRAQ
BAHRAIN
HONG KONG
KEMBOJA
KUMPULAN D
ARAB SAUDI
UZBEKISTAN
PALESTIN
YAMAN
SINGAPURA
KUMPULAN E
BANGLADESH
OMAN
INDIA
AFGHANISTAN
QATAR
KUMPULAN F
JEPUN
KYRGYZSTAN
TAJIKISTAN
MYANMAR
MONGOLIA
KUMPULAN G
UAE
VIETNAM
THAILAND
MALAYSIA
INDONESIA
KUMPULAN H
KOREA SELATAN
LUBNAN
KOREA UTARA
TURKMENISTAN
SRI LANKA
Ikuti berita selanjutnya dalam Nadi Arena 7.30 dan 11 malam.