Pertahanan skuad negara, Dominic Tan, tidak gusar dengan helah dan kelebihan fizikal Turkmenistan dengan menegaskan kehadiran pemain bertubuh kecil seperti Akhyar Rashid, Faisal Halim mahupun Arif Aiman Hanapi ada kelebihan tersendiri.

Misi menang ke atas Turkmenistan adalah wajib, jurulatih negara, Kim Pan-gon sudah memperinci setiap kelibihan dan kekurangan pihak lawan menjelang Rabu ini.

"Sememangnya jurulatih memiliki perancangan yang bakal ditetapkan. Kami sentiasa berusaha sebagai satu pasukan bagi mendapatkan keputusan memihak Malaysia. Ya, mereka memiliki kelebihan fizikal, tetapi Malaysia turut mempunyai kekuatan tersendiri," kata Dominic.

"Beraksi di laman sendiri dan kami meletakkan sasaran untuk memastikan tiga mata dalam perlawanan ini."