Pemain pertahanan skuad B-23 negara, Azam Azmi Murad, sedia mengorbankan aksi Piala Malaysia bersama Terengganu FC demi mengharumkan nama negara dalam kempen kelayakan Piala Asia B-23 2022 di Mongolia, hujung bulan ini.

Pemain berusia 20 tahun itu menegaskan peluang mewakili skuad muda negara tidak boleh dilepaskan setelah kempunan beraksi dalam Kejohanan AFC B-19 di Uzbekistan Mac lalu.

"Sebelum ini saya terlepas saingan Kejohanan AFC B-20 jadi ketika ini saya tekad untuk memastikan Malaysia layak ke Kejohanan AFC B-23," kata Azam.

Kelayakan Piala Asia B-23 akan berlangsung dari 25 hingga 31 Oktober dan skuad bimbingan Brad Maloney, dijangka menjalani proses kuarantin sejurus kembali ke tanahair.

Ini bermakna Azam antara pemain yang akan terlepas semua baki perlawanan kumpulan piala malaysia yang akan berakhir 10 November ini.

"Ketika ini, saya memberikan tumpuan kepada skuad negara berbanding Terengganu kerana saya yakin mereka mampu menampilkan permainan yang baik dengan barisan pemain yang ada."