Brad Maloney tidak menolak kemungkinan memanggil pemain yang berpangkalan di Eropah untuk melengkapkan pasukannya.

Jurulatih pasukan B-20 Malaysia dari Australia itu berhasrat memperkasakan skuad negara bagi memberi cabaran dalam Kumpulan J kepada Thailand dan Laos dan tuan rumah, Mongolia, bermula 25 Oktober depan.

Aqil Arazi Aziz kini berada di sebuah akademi di Sepanyol sementara pemain tengah, Omar Raiyan Kama Azlan, dan pertahanan, Adam Hamid, pula berada di Serbia bersama Red Star Belgrade.

"Kami sentiasa bersikap terbuka tapi cabaran kami ialah mengharunginya dalam tempoh pandemik ini.

"Memang sukar berhubung cabaran membawa pulang pemain dari luar negara.

"Kami tidak mengharapkan mereka mampu berikan persembahan terbaik dalam kejohanan antarabangsa selepas mereka menjalani kuarantin 14 hari.

"Saya baru bercakap dengan Wan Kuzri Wan Kamal (di Amerika Syarikat) pagi ini, dia berminat untuk menyertai kami tapi kami berdepan cabaran untuk diatasi," katanya kepada wartawan Astro Arena, Karl Nunis, hari ini.





Dia mempertaruhkan lima muka baru yang terdiri daripada Ahmad Zikri Mohd Khalili, Aidil Azuan, Nik Akif Syahiran Nik Mat, Azam Azmi Murad dan K. Thivandaran bagi kem latihan pusat fasa dua dalam persiapan skuad ke kelayakan Piala Asia B-23 2022 yang akan bermula Isnin depan.

Tegas Maloney, pemain yang dipanggil kali ini harus menunjukkan kefahaman terhadap tinggi dengan sistem dan corak permainannya dengan beberapa siri perlawanan persahabatan diharap dapat diaturkan sebelum mereka berlepas ke venue kejohanan.

"Kejohanan akan berlangsung dalam empat minggu lagi. Kami akan menjalani persiapan selama 16 hari dengan dua atau tiga perlawanan ujian akan diadakan.

"Dengan Piala Malaysia akan berehat hampir sebulan, kami berkesempatan untuk mengaturkan pertemuan dengan kelab Liga Super atau Liga Perdana.

"Kami sudah mengesahkan pertemuan dengan Penang dan berharap dapat mencari satu atau dua perlawanan pemanas lagi sebelum bertolak," katanya.