Beberapa muka dalam percaturan utama ketua jurulatih remaja tahun negara, Brad Maloney, menjelang aksi persahabatan menentang Negeri Sembilan, esok.

Antaranya adalah Nik Akif Syahiran Nik Mat dan Azhad Arman Harraz yang dilihat mempamerkan prestasi terbaik sejak kem latihan fasa kedua bermula Isnin lalu dalam persiapan ke kelayakan Piala Asia B-23 di Mongolia, bermula 25 hingga 31 Oktober ini.

"Kami pernah menghadapi mereka dalam kem latihan pusat sebelum ini. Jadi saya berharap dapat melihat apakah perbezaannya untuk kali ini berbanding fasa satu yang lalu," katanya di Nadi Arena sebentar tadi.

Malaysia diundi dalam Kumpulan J bersama Thailand, Laos dan Mongolia dalam misi memburu 15 slot terbaik pusingan akhir di Tashkent, Uzbekistan.






"Kebiasaannya kami mahu mengaturkan 3-4 perlawanan persahabatan antarabangsa sebelum menyertai kejohanan tapi berdepan kekangan atas situasi ketika ini.

"Negeri Sembilan adalah juara Liga Perdana jadi saya jangka kami akan menghadapi perlawanan sengit selain berdepan pasukan Liga Super, Kedah Darul Aman dan Penang, yang turut mengharungi musim baik.

"Kami mengharungi pra-musim yang baik, sehubungan itu saya mengharapkannya dalam perlawanan ini.

"Saya mahu memantau lebih lagi pemain seperti Zikri Khalili, Sikh Izhan Nazrel, Khairi Suffian dan muka baru dari Terengganu (Syafik Ismail) yang sebelum ini tidak terlepas mengikuti fasa latihan terdahulu.

"Saya juga mahu melihat gandingan beberapa pemain termasuk Nik Akif Syahiran termasuk Azhad dengan rakan sepasukannya.

"Saya akan merombak kesebelasan utama dan setiap pemain berpeluang untuk merebut tempat dan inilah kesempatannya."