Jurulatih B-16 negara, Osmera Omaro, menjelaskan anak buahnya masih terkesan dengan tragedi hitam yang berlaku di Malang, Indonesia, Sabtu lalu.

Menurut laporan, insiden itu terjadi selepas pasukan Aremia tewas 2-3 kepada Surabaya dan penyokong mula mencerobohi padang.

Skuad bola remaja negara kini di Cibinong, jarak kira-kira 800km daripada insiden di Malang itu.

Bagaimanapun, keputusan Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) menetapkan semua perlawanan kelayakan Piala Asia B-17 akan dilangsungkan tanpa penonton melegakan Osmera.

"Walaupun ini sesuatu yang positif tetapi sayangnya buat Indonesia untuk melihat aksi bintang muda mereka," katanya ketika dihubungi Nadi Arena sebentar tadi.




Sementara itu, Osmero menyatakan skuadnya sudah bersedia menentang Guam esok -- pasukan yang ditewaskan Emiriah Arab Bersatu (UAE) 0-9 dalam perlawanan pembukaan. Kumpulan B

"Ini kumpulan yang sulit, kami akan berdepan perlawanan yang sukar.

"Saya sempat menonton perlawanan membabitkan Guam dan UAE. Walaupun tidak beraksi dengan baik, mereka masih cuba mempamerkan permainan yang menarik dan berjuang.

"Kami perlu berwaspada tentang hal ini," katanya.